PERTANDINGAN AKHIR BAHAS PIALA PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR: Sekolah Menengah Sains Banting (BASIS) pertama kali muncul juara mengenepikan saingannya dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dalam Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-43 bagi kategori bahasa Melayu di Dewan Aminuddin Baki Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), di sini, har ini.

Kategori bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), yang memenangi johan dua kali berturut-turut pada tahun 2014 dan 2015. Kedua-dua sekolah menerima hadiah wang tunai RM4,000 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala pembahas terbaik kategori bahasa Melayu Zulaika Zamaluddin, 17 dan bahasa English, Amir Aniq Abdul Hazis, 17, masing-masing dari BASIS dan MCKK menerima RM1,000, piala iringan dan sijil.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Lembaga Pengarah Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar. Amir Aniq berkata, kejayaan itu bukan senang dicapai setelah banyak halangan perlu ditempuhi, malah kegagalan sebelum ini banyak mengajar mereka untuk bangkit, sekali gus mengekalkan penyandang sebagai johan tiga tahun berturut-turut. “Seorang pembahas perlu menjaga disiplin seperti sentiasa mengetahui isu semasa dan banyak membaca,” katanya yang juga ketua kumpulan. Sementara itu, Zulaika berkata, kejayaan berkenaan banyak didorong motivasi oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan serta komitmen daripada semua. “Bagi saya setiap pembahas perlu ada tiga P iaitu pembahas, pembimbing dan pengorbanan dan percaya setiap peserta yang datang mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/178722

 

Advertisements