muslehdebate

Debat BM SMAP Kajang berjaya mara buat kali pertamanya ke Pertandingan Akhir Debat Antarabangsa MUSLEH untuk tahun 2016. SMAPK mula menyertai pertandingan ini mulai tahun 2012

Dalam perjalanan ke pentas akhir, SMAPK telah bertemu sekolah-sekolah handalan yang cukup terkenal dalam arena debat sekolah-sekolah Malaysia yakni MCKK, SM Al Islah dan juga STAR.

Hasrat SMAPK untuk membawa pulang trofi ini buat kali pertama nampaknya tidak kesampaian apabila SMAPK tewas di final kepada SBPI Sabak Bernam dengan juri 4-3. Kekecewaan SMAPK sedikit terubat apabila pendebat ketiga SMAPK, saudara Wafi Anwar berjaya menjadi Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir.

Terima kasih atas dokongan, sokongan dan doa semua. Terus doakan #TeamSMAPK

 

20160815_175251
SMAPK di pentas akhir

 

20160813_192853
Pendebat SMAPK bersama Tuan Pengetua

 

20160811_161610
Aksi pendebat SMAPK 

 

 

 

Advertisements