Aktiviti, Piala Perdana Menteri @ HKSBP

SMAP Kajang Juara Piala Perdana Menteri 2017

Debat asrama penuh
PENDEBAT ketiga SMAP Kajang, Muhammad Luqman Ismail Zawawi sewaktu menyampaikan bidasan dalam pertandingan akhir bahas bahasa Melayu Piala Perdana Menteri Sekolah Berasrama Penuh kali ke-44 di Sekolah Menengah Sains Banting di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

BANTING 24 Mei – Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang) dan Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (Sakura) muncul johan Bahas Piala Perdana Menteri Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kali ke-44 bagi kategori bahasa Melayu serta bahasa Inggeris di sini.

Bagi kategori bahasa Melayu, SMAP Kajang berjaya menewaskan Sekolah Menengah Sains Batu Pahat dengan membahaskan usul Dewan Ini Percaya Bahawa Pembelian Produk Tempatan Meningkatkan Nilai Ringgit Malaysia.

Malah, pendebat kedua mereka, Wan Muizzudin Nawawi Wan Anwar turut dinobatkan sebagai pembahas terbaik peringkat akhir. Pasukan bahas SMAP Kajang juga berjaya memenangi semua perlawanan tanpa tewas yang dibarisi oleh semua pelajar tingkatan lima iaitu Muhammad Luqman Ismail Zawawi, Muhammad Wafi Anwar Roslan serta Muhammad Asri Zainudin.

Sementara itu, bagi kategori bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (Sakura) berjaya menewaskan Sekolah Alam Shah dengan membahaskan usul โ€˜This House Would Introduce Common Currency For All Asian Countryโ€™.

Majlis penyampaian hadiah dan penutup dijadualkan berlangsung malam ini.

Pertandingan yang berlangsung selama enam hari di Sekolah Menengah Sains Banting itu menyaksikan 72 pasukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berentap mewakili 36 SBP dari seluruh negara. UTUSAN ONLINE

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: