About

Bahas 4 Julai (189)

Debat SM Agama Persekutuan Kajang (Debat SMAPK) diasaskan serentak dengan penubuhan SMAP Kajang pada 1990. Pasukan Debat pertama ditubuhkan pada 1990 untuk menyertai Pesta Piala Perdana Menteri (kini dikenali sebagai Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh). Kejayaan pertama Debat SMAPK di pentas kebangsaan ialah pada tahun 1999 apabila muncul Naib Juara Pertandingan Bahas Piala Datuk Abdul Syukor Kebangsaan. Sepanjang sejarahnya, pada arus perdebatan perdana, Debat SMAPK berjaya muncul Juara Piala Perdana Menteri (PPM) sebanyak 5 kali yakni pada 2003, 2005, 2008, 2009 & 2013, muncul Juara Debat Sekolah-Sekolah Malaysia (IIUM-IDC) pada 2008, Juara Piala Universiti UKM pada 2007 & 2010 dan Juara Debat Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah sebanyak 5 kali yakni pada 2007,2008,2009,2010 & 2013. Pada peringkat pelapis pula, Debat SMAPK menjuarai Debat Tunas Muda pada tahun 2015