Hall Of Fame

*Pencapaian Separuh Akhir, Naib Juara & Juara oleh Debat SMAPK sejak 1999

1999

NAIB JUARA BAHAS PIALA DATO’ SYUKOR PERINGKAT KEBANGSAAN

SMAP Kajang mula muncul di persada debat sekolah-sekolah menengah Malaysia apabila layak ke Pertandingan Akhir Bahas Piala Datuk Abdul Syukor Peringkat Kebangsaan namun tewas kepada pasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Final

2002

JUARA PIALA DATO’ SYUKOR PERINGKAT KEBANGSAAN

SMAP Kajang muncul Juara Piala Dato’ Syukor setelah menewaskan SM Sains Muar. Pertandingan akhir ini dilansungkan di Kuching, Sarawak. Tahun 2002 juga tahun terakhir penyertaaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dalam Piala Dato’ Syukor dibenarkan

2003ย 

JUARA Piala Perdana Menteri (PPM) buat kali pertama !

Bahas 4 Julai (114)

Trio Firdaus Akmal Azman – Zul Fadhli Khairuddin – Ainul Aizat berjaya menewaskan SM Sains Pokok Sena di Dewan Muktamar Pusat Islam KL untuk membawa pulang PPM ke bumi SMAP Kajang buat kali pertama. Mohamed Zul Fadhli Khairuddin juga dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik PPM Akhir. Piala Perdana Menteri merupakan Piala pertandingan bahas paling berprestij sekolah-sekolah berasrama penuh Malaysia.

2005

JUARA Piala Perdana Menteri (PPM)

kisas-debat

Trio Zakwan Adenan – Ziadi Zaidon – Hafiz Hood berjaya membawa pulang PPM buat kali kedua setelah menewaskan SHAH Pekan di PICC, Putrajaya.

2006

  • Separuh Akhir (Semi Final) Piala Perdana Menteri (PPM)

smapk06-semi-ppm

Debat SMAPK gagal mempertahankan kejuaraan setelah tewas kepada SHAH Pekan di Pusingan Separuh Akhir.

  • Separuh Akhir (Semi Final) Debat TNC-HEP Anjuran UKM * Kemudiannya dikenali sebagai Debat Piala Universiti UKM

2007

  • JUARA Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah

DSC06833

Trio Mustaqim Malek – Mohd Nur Afiq – Hisyamuddin Ghazali berjaya menjadi pasukan bahas terbaik sekolah berasrama penuh zon tengah untuk edisi Bahas SBP Zon Tengah buat kali pertama yang bertempat di SM Sains Alam Shah

  • JUARA Debat Piala Universiti UKMย 

DSC05156

Trio yang sama menjuarai piala kedua untuk tahun 2007 setelah menewaskan SMAP Labu pada pertandingan akhir yang bertempat di Dewan Anuar Mahmud, UKM

2008

  • JUARA Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah

DSC06828

Debat SMAPK mempertahankan gelaran Juara SBP Zon Tengah pada awal 2008 setelah menewaskan SM Sains Kuala Selangor pada perlawanan akhir. Mohd Nur Afiq juga dinobatkan pembahas terbaik akhir

  • JUARA Debat Sekolah-Sekolah Malaysia UIAM (IIUM-IDC) 2008

DSC06935

Trio Mustaqim Malek – Mohd Nur Afiq – Hisyamuddin Ghazali berjaya membawa pulang Piala Tun Sri Lanang setelah muncul Juara Debat Sekolah-Sekolah Malaysia anjuran UIAM. Ini merupakan kejayaan kali pertama SMAPK di IIUM-IDC. SMAPK menewaskan Juara Bertahan, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada perlawananan akhir.

  • JUARA Piala Perdana Menteri (PPM) 2008

Bahas 4 Julai (162)

Trio Mustaqim Malek – Mohd Nur Afiq – Hisyamuddin Ghazali melengkapkan saingan debat sekolah-sekolah Malaysia sesi 2008 dengan muncul Juara Piala Perdana Menteri (PPM) tahun 2008 setelah menewaskan SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) pada perlawanan akhir di PICC, Putrajaya. Hisyamuddin Ghazali juga telah dinobatkan Pembahas Terbaik PPM Akhir. Trio ini juga berjaya melengkapkan kejayaan Treble pada 2008 dengan membawa pulang PPM buat kali ke-3 ke bumi SMAPK

2009

  • JUARA Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah

DSC00420

Trio Hairul Izlan – Mohd Nur Afiq – Mohd Rashid berjaya mempertahankan kejuaraan di zon tengah setelah menewaskan Sekolah Seri Puteri (SSP) pada perlawanan akhir. Kejayaan ini juga adalah kejayaan Hat-Trick buat SMAPK di Zon Tengah

  • JUARA Piala Perdana Menteri (PPM) 2009

DSC01568

Trio Hairul Izlan – Mohd Nur Afiq – Mohd Rashid berjaya mempertahankan trofi Piala Perdana Menteri setelah menewaskan SM Sains Selangor pada perlawanan akhir. Mohd Nur Afiq juga dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik PPM Akhir & Pembahas Terbaik Keseluruhan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh 2009

  • Separuh Akhir (Semi Final ) Debat Piala Universiti UKM

DSC01227

Trio Ahmad Syahmi – Na’im Khalid – Sufyan Johara mara ke Semi Final Debat Piala Universiti sebelum tewas kepada Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

2010

  • JUARA Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengahย 

DSC03946

Trio Ahmad Syahmi – Na’im Khalid – Sufyan Johara mempertahankan trofi SBP Zon Tengah buat kali keempat berturut-turut setelah menewaskan SBPI Gombak pada perlawanan akhir

  • Separuh Akhir (Semi Final ) Debat Sekolah-Sekolah Malaysia (IIUM-IDC)

DSC04132

SMAPK mencuba untuk mara ke Final IIUM-IDC buat kali kedua namun tewas kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) pada separuh akhir

  • JUARA Debat Piala Universiti UKM

DSCN0810

Trio Ahmad Syahmi-Na’im Khalid-Sufyan Johara muncul Juara Debat Piala Universiti anjuran UKM setelah menewaskan SMAP Labu pada perlawanan akhir.

2011

  • NAIB JUARA Debat Sekolah-Sekolah Malaysia (IIUM-IDC)

DSC05650

Hasrat SMAPK untuk menjuarai IIUM-IDC buat kali kedua tidak kesampaian apabila trio Ahmad Syahmi-Na’im Khalid-Sufyan Johara tewas kepada Sekolah Dato’Abdul Razak (SDAR) pada perlawanan akhir

2012

  • Separuh Akhir Debat Piala Asrama Yayasan Selangor

DSC06060

  • Separuh Akhir Debat Piala Tun Razak SDAR

DSC_0212

2013

  • JUARA Bahas Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Tengah

860734_610641762283218_934735160_o

Trio Haqim Hamiddon-Nabil Razak-Abdul Hafiz berjaya muncul Juara Bahas SBP Zon Tengah yang diadakan di KISAS, Klang. Kejayaan ini merupakan kejuaraan ke 5 buat SMAPK di Zon Tengah

  • JUARA Piala Perdana Menteri (PPM) 2013

IMG-20160223-WA0004

Trio Haqim Hamiddon-Nabil Razak-Abdul Hafiz berjaya menamatkan kemarau 4 tahun SMAPK dalam Piala Perdana Menteri setelah berjaya menewaskan SM Sains Alam Shah dalam perlawanan akhir di Dewan Plenari, PICC. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan ke lima (5) buat SMAPK di pentas berprestij Piala Perdana Menteri. Kejayaan ini lebih manis apabila Abdul Hafiz muncul Pembahas Terbaik PPM Akhir

  • NAIB JUARA Debat Piala Koperasi

IMG-20131021-WA0006

SMAPK muncul Naib Juara dalam Debat Piala Koperasi setelah trio Haziq Aiman-Faris Idris-Luqmanul Hakim tewas kepada SDAR pada perlawanan akhir.

2014

  • NAIB JUARA Piala Perdana Menteri

IMG-20140629-WA0011

Hasrat SMAPK untuk mempertahan gelaran Juara Piala Perdana Menteri tidak kesampaian apabila trio Hazim Noor-Iman Humairah-Nabil Razak tewas kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada perlawanan akhir. Saudari Iman Humairah bagaimanapun berjaya menjadi Pembahas Terbaik PPM Akhir

  • NAIB JUARA Debat Sekolah-Sekolah Malaysia (IIUM-IDC)

IMG-20140629-WA0029

SMAPK mara ke perlawanan akhir untuk IIUM-IDC buat kali ketiga namun hasrat untuk muncul Juara tersekat apabila tewas kepada pasukan dari SM Al-Islah

  • Separuh Akhir Debat Antarabangsa MUSLEH

IMG-20140826-WA0001

Trio Faris Idris-Hazim Noor-Nabil Razak tewas di separuh akhir kepada STAR

2015

  • NAIB JUARA Piala Perdana Menteri (PPM)

IMG_2360

Trio Luqmanul Hakim-Faris Idris-Luqman Zawawi berjaya membawa SMAPK sekali lagi ke pentas akhir Piala Perdana Menteri (PPM) namun SMAPK akur kepada STAR pada perlawanan akhir yang berlansung Dewan Tun Razak, Menara Bank Rakyat, KL. Faris Idris berjaya menjadi pembahas ke enam (6) dalam sejarah SMAPK yang berjaya menjadi Pembahas Terbaik PPM Akhir

  • JUARA Debat Tunas Muda INTEGOMB

20151025_170241

Kejayaan pertama SMAPK dalam arena debat junior. Trio Luqman Zawawi-Wan Mui’zzuddin-Wafi Anwar menewaskan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada perlawanan akhir

  • Separuh Akhir Debat Terbuka Belia Malaysia

20151122_225434

2016

  • Separuh Akhir Debat Asrama Yayasan Selangor

20160506_161637

  • NAIB JUARA Debat Antarabangsa MUSLEH

20160815_175251

Trio Wan Muizzudin – Luqman Zawawi – Wafi Anwar berjaya akhirnya menamatkan penantian SMAPK untuk muncul di pertandingan akhir Debat Antarabangsa MUSLEH, namun rezeki menjadi milik lawan mereka di Final yakni SBPI Sabak Bernam. Namun kesedihan SMAPK terubat apabila Saudara Wafi Anwar menjadi Pendebat Terbaik Perlawanan Akhir

2017

  • JUARA Liga Kelayakan Piala Perdana Menteri 2017

IMG-20170311-WA0004

SMAPK dengan Trio Wan Mu’izzuddin – Luqman Zawawi – Wafi Anwar berjaya melangkah dengan penuh bergaya ke pusingan akhir Piala Perdana Menteri (PPM) Kebangsaan apabila menjuarai Liga Kelayakan Zon B

  • Separuh Akhir Debat YAB Menteri Besar Pahang

IMG-20170501-WA0012

  • JUARA Piala Perdana Menteri 2017

IMG-20170524-WA0036

Penantian 4 tahun untuk SMAPK kembali merangkul piala debat paling berprestij sekolah-sekolah Malaysia, Piala Perdana Menteri (PPM) ditamatkan dengan penuh cemerlang oleh trio Wafi Anwar – Wan Mu’izzuddin – Luqman Zawawi di bumi SM Sains Banting. SMAPK menewaskan SM Sains Batu Pahat pada perlawanan akhir sekaligus rekod kejuaraan ke 6 Piala Perdana Menteri dilakar. SMAPK juga menjuarai PPM 2017 dengan rekod 10 perlawanan tanpa tewas bermula dari Liga Kelayakan Zon hingga ke perlawanan akhir. Wan Mu’izzuddin, Kapten pasukan turut merangkul anugerah Pembahas Terbaik Perlawanan Akhir, pendebat SMAPK ke 7 yang menerima pengiktirafan tersebut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

%d bloggers like this: